"Boleh saya
melihat anak saya?" pinta seorang ibu yang baru melahirkan seorang anak
dengan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan ia
membuka selimut yang menutupi wajah bayi lelaki yang comel itu.
Ibu itu menahan
nafasnya. Doktor yang menunggunya segera berbalik memandang ke arah luar
jendela rumah sakit tidak sampai hati menatapi wajah ibu tersebut. Bayi itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga.
**************
Waktu berlalu dan
kini bayi tersebut telah menjadi seorang anak yang boleh beraktiviti dengan
sempurna, cuma penampilannya saja yang tampak aneh dan kurang cantik.
Suatu hari anak
tersebut bergegas pulang ke rumah, dan dia terus membenamkan wajahnya di
pelukan ibunya sambil menangis. Si ibu tahu hidup anaknya penuh dengan
kekecewaan dan tragedi. Sambil teresak-esak anak lelaki itu mengatakan yang dia
diejek oleh orang dewasa dan dikatakan anak ini adalah makhluk aneh.
Di sekolah, anak
tersebut disukai oleh rakan-rakan sekolah. Anak tersebut membesar tampan dengan
kecacatannya. Dia berbakat dalam bidang muzik dan penulisan.
"Ibu, saya ingin
menjadi ketua kelas."
Ibu hanya mendiamkan
diri, tapi di dalam hati ibu merasa kasihan dengan anaknya.
Suatu hari si Ayah
terus berjumpa dengan seorang doktor yang boleh melekatkan telinga untuk
anaknya.
"Saya percaya
saya boleh memindahkan sepasang telinga untuknya, tetapi harus ada orang yang
tampil untuk menderma."
Beberapa bulan
kemudian si ayah memanggil anaknya sambil berkata, "Nak, seorang yang tak
ingin dikenali telah bersedia mendermakan telinganya untukmu. Kami harus segera
menhantar kamu ke hospital untuk menjalani pembedahan tetapi jangan ditanya
siapa yang menderma."
Pembedahan dilakukan
dengan berjaya dan kini telah lahir seorang lelaki yang mempunyai cukup sifat.
Bakat muziknya yang hebat menjadikan dia terkenal dan menerima banyak
penghargaan dari sekolahnya.
Masa berlalu dan dia
pun berkahwin dan bekerja sebagai seorang yang berpangkat besar. Terdetik di
hatinya tentang masa-masa silam lalu dia menghampiri ayahnya.
"Ayah, saya
hendak mengetahui siapa yang telah mengorbankan ini semua pada saya, ayah. Ia
telah membuat sesuatu yang amat besar dan ingin sekali saya membalas
budinya."
Ayahnya menjawab,
"Ayah yakin kau tidak boleh membalas kebaikan hati orang yang telah
memberikan telinga itu."
Setelah terdiam
sesaat ayahnya melanjutkan kata-kata, "Ayah tidak dapat membuka rahsia ini
sebelum tiba saatnya."
Tahun berganti tahun
ayahnya tetap menyimpan rahsia. Hinggalah pada suatu hari tibalah saat yang
menyedihkan bagi keluarga itu. Di hari itu ayah dan lelaki itu berdiri di tepi
jenazah ibunya yang baru saja meninggal dunia. Dengan perlahan dan penuh syahdu
si ayah membelai rambut isterinya yang terbujur kaku sambil menyelak rambut
sehinggalah tampak bahawa si ibu tidak mempunyai telinga.
Sambil menangis si
ayah berkata, "Ibumu sangat suka menyimpan rambut yang panjang dan tak
seorang menyedari bahawa ia telah hilang sedikit kecantikannya."
SubhanAllah..
************
Sahabatku, kecantikan yang
sejati tidak terletak pada penampilan tubuh tapi ia adalah di dalam hati.
Harta karun yang
hakiki tidak terletak pada zahirnya, namun pada apa yang tidak dapat dilihat.
Kasih sejati tidak
terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang
dikerjakan dan tidak diketahui.
OKE . SAMPAI SINI DULU ENTRY KALI NIE . THANX SUDI BACA . ASSALAMUALAIKUM :)